Tuesday, December 27, 2011

Lama berjalan tak jumpa jalan

Salam, lama tidak menukilkan cerita, dah lama aku berjalan tapi masih tak jumpa2 jalan, apa kah kejadahnya? senyum saja la. harap ada kesempatan.. apa lagi aku boleh buat.. sentiasa perlu tegur diri agar sedar diri.. aku rasa patut terus menulis.. sbb ada semacam semangat dan mood yang tertanam bersama kata-kata yang dinukilkan.. bila baca semula.. semangat dan mood tersebut seakan "segar semula".. kita kan semakin tua.. makin lama berjalan.. makin entah mana-mana jalannya.. harapnya tidak sesat jalan tidak jumpa jalan pulang.. :) aku 36 tahun.. Alhamdulillah dikurniakan hidup sejauh ini.. tidak berguna kehidupan tanpa ujian, tanpa rasa, ibarat telan makanan rasa tawar sahaja.. gembira, sedih, suka, tak suka, semua asam garam dan perencah dalam kehidupan.. kita mau pedas, masam, masin dan sebagainya.. pelbagai rasa, bermakna pelbagai ujian, makanya lebih bermakna kehidupan.. manusia jauh dari sempurna, itulah hakikatnya, menguji jiwa, sejauhmana kita dapat menerima yang kecil tapi rasa syukur yang besar.. ya. terima sedikit tapi besar rasa kesyukurannya.. bukan kah itu yang dipinta.. ayat 2 surah Al-Fatihah..